Usahawan Benteng Pertahanan Kewangan Malaysia

Wednesday, December 16, 2009 posted by admin 10:00 am
 

imagesAssalammualaikum dan selamat sejahtera to all internet industrialist and entrepreneur…

 

 

 

(Gambar Hiasan)

MALAYSIA- Sebuah Negara yang azharKL sayang dan pastinya usahawan juga menyayanginya. Kebiasaannya kita selalu dengar tentera dan polis merupakan pertahanan utama sesebuah Negara. Tetapi pada peringkat kehidupan secara global ini, kewangan juga memerlukan pertahanan. Maka, azharKL bangga menyatakan di sini bahawasanya pertahanan kewangan Malaysia adalah USAHAWAN.

Masyarakat kebiasaannya memandang usahawan yang mempunyai bangunan yang besar, memerlukan tenaga kerja yangramai, mempunyai cawangan atau rangkaian lot-lot kedai di serata Negara adalah usahawan yang sebenar.

Pada pandangan azharKL, masyarakat telah silap menilai ciri-ciri yang diperlukan seseorang untuk bergelar usahawan. Usahawan adalah mereka yang mempunyai perniagaan sendiri yang diusahakan sendiri.

Pada peringkat globalisasi ini usahawan yang hanya mempunyai lot-lot di sesebuah kawasan hanya mampu memperoleh pulangan yang rendah berbanding jumlah keuntungan yang sepatutnya mereka perolehi. Mengapa usahawan ini tidak ingin memperbesarkan, memperhebatkan lagi perniagaan mereka? Tidak tahu laluan yang sebenar?

Usahawan internet kini merupakan landasan yang diperlukan Negara untuk menjadi benteng utama selain daripada usahawan offline sediaada. Usahawan internet juga menyumbang peningkatan KDNK (keluaran dalam Negara kasar) Negara dan KNK (Keluaran Negara kasar). Bukan sedikit yang disumbangkan, tetapi sehingga mencecah berjuta-juta.

Usahawan internet tidak memerlukan pekerja yang ramai, tidak memerlukan lot-lot kedai yang terlalu banyak untuk diurus. Menggunakan kos yang tinggi seperti bil air, elektrik, sewa, pekerja dan sebagainya. Usahawan internet tidak perlu membina ratusan kedai untuk membuat jualan sehingga keluar Negara. Paling kurang, seorang usahawan internet hanya memerlukan sebuah laman web untuk mencapai perniagaan antarabangsa.

Usahawan offline (peniaga yang tidak menggunakan internet) juga mampu mencapai tahap international jika mereka tahu caranya. Mereka sebenarnya mampu menaiktaraf perniagaan mereka dari offline kepada online. Mereka tidak perlu keluarkan modal yang tinggi paling kurang hanya RM400. Modal sebanyak itulah yang azharKL pernah gunakan untuk berniaga burger ketika usia 17 tahun di tepi jalan.

 Jika usahawan offline bijak, pasti mereka mampu mengeluarkan modal yang serendah itu, dan ini tidak bermakna mereka perlu menutup perniagaan offline mereka. Mereka boleh meneruskan perniagaan offline, dan perniagaan internet sebagai suatu platform yang menjadi batu loncatan bagi usahawan untuk mencapai jualan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Apabila revolusi ini berani di lakukan oleh para usahawan Malaysia, ini pasti dapat mengukuhkan lagi benteng kewangan Negara. Majulah Usahawan Untuk Negara.

p/s: Bagi usahawan yang memerlukan bantuan untuk menaiktaraf perniagaan ke peringkat antarabangsa dengan menggunakan internet sebagai alat perhubungan perniagaan, azharKL ada untuk membantu anda. Hubungi azharKL. (JANGAN MALU UNTUK BERJAYA).

!!AzharBusiness.com  Peneraju Perniagaan Internet Anda!!

- azharKL @ azharbusiness.com

-          Lawat ke bahagian produk azharKL untuk mendapatkan produk yang berkualiti dan pada harga yang mesti anda semua tidak percaya! Klik di sini àProduk azharbusiness.com )

-          If you enjoy this post, make sure to subscribe my rss feed

  • Share/Bookmark

Leave a Reply