Apakah Tahap Kewangan Anda?
Saturday, December 19, 2009
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera…
Persoalan yang selalu kita fikirkan,
- …duit bulan ini tinggal banyak ni je, macam mana nak cari duit lagi ni?…
- …bulan lepas ada hutang tertunggang, bulan ini kena tangguh lagi…
- …ekonomi dah jatuh, bisnes tak dapat untung…
- …anak-anak nak belajar, duit dah habis…
Inilah antara beberapa masalah dan persoalan yang sering menimpa kita dalam kehidupan ini,So…azharKL nak menerangkan serba sedikit berkaitan tahap kewangan kita yang perlu kita ambil berat supaya kita dapat merancang, perkara apa yang perlu kita lakukan supaya dapat menampung kos sara diri kita.
Tahap Kewangan
1# Kewangan Tidak Selamat ( Financial not secure)
Keadaan ini adalah seperti keadaan apabila anda tidak mempunyai simpanan. Apabila anda tidak mempunyai simpanan kewangan, ini seumpama juga anda membiarkan diri dan keluarga berada pada tahap Kewangan Tidak Selamat.
Seumpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi pada zaman sekarang ini, ramai yang kais bulan ini, makan bulan ini..hehe. Ya, pasti hidup ini terasa sukar untuk diteruskan apabila kewangan kita tidak kukuh.
2# Tahap Kewangan Selamat (Financial Secure)
Tahap ini pula dalah apabila kita mempunyai kewangan yang sedikit kukuh dan kewangan kita mampu bertahan tanpa bekerja selama 6 bulan. Tahniah! Kerana anda berada pada tahap ini. azharKL menyatakan tahap ini selamat adalah kerana apabila anda tidak mempunyai kerja, atau diberhentikan kerja. Anda mampu mencari kerja baru dalam tempoh 6 bulan, atupun anda boleh membina perniagaan sendiri seperti perniagaan internet.
3# Tahap Bebas Kewangan atau Mandiri Kewangan
Ini adalah matlamat utama bagi kebanyakan daripada kita kerana pada tahap ini anda tidak mempunyai masalah berkaitan kewangan. Tetapi, yang mencapai pada tahap ini adalah sedikit. Maksudnya sekiranya anda berada pada tahap ini, anda bebas untuk memilih samaada hendak bekerja atau tidak. Tetapi kebiasaan mereka yang berada pada tahap ini lebih suka bekerja daripada duduk sahaja. Apabila tidak bekerja mereka akan cepat bosan, dan ada yang secara sukarela untuk bekerja.
Tips untuk mencapai tahap ini, anda boleh membuat perniagaan sampingan selain daripada bekerja secara tetap, contohnya membina perniagaan automatik (perniagaan internet), membuat rumah sewa, ataupun membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lai (upah pengurus).
4# Tahap terlalu kaya / Ultra Rich
Pada tahap ini teramat sedikit orang mencapainya. Mereka ini jenis orang yang mempunyai wang yang terlalu banyak sehingga tidak tahu hendak buat apa dengan wang tersebut dan boleh memberi derma sehingga beribu dan berjuta ringgit… (kita nak dapat ratusan ribu pun susah
) Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Zainuddin, Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan antara nama-nama mereka yang boleh dikategorikan pada tahap ini.
Itulah beberapa tahap yang perlu kita tahu. Agar kita dapat melihat dengan jelas tahap kewangan kita. Ramai orang ,mengatakan “duit itu tidak penting”. Bagi azharKL, duit memang tidak penting, tapi tanpa duit, kita tidak boleh meneruskan hidup ini.
Bagi sesiapa yang ingin membuka perniagaan internet sendiri, azharKL akan cuba membantu tetapi anda perlu berusaha. Jika anda ingin membuka perniagaan internet sendiri, anda boleh hubungi azharKL di bahagian “Hubungi Kami”.
Sekian,
-azharKL
-Internet Industrialist
Tags: kewangan







December 20th, 2009 at 3:19 am
test