Kepentingan Pengurusan Masa Sebagai Usahawan Internet
Friday, January 15, 2010Assalammualaikum…
sibuk-sibuk-sibuk-sibuk…. banyak kerja yang azharKL perlu lakukan bila sudah ada di Universiti ini.. Tetapi buat masa sekarang dalam kesibukan study, azharKL sempat membuat pengurusan masa sendiri supaya semua perkara dapat disiapkan dalam masa yang dirancang.
AzharKL tahu pasti semua orang mempunyai komitmen masing-masing, tetapi jangan lupa untuk memastikan semua komitmen dijalankan. Disini azharKL ingin menyarankan bagi anda yang tidak mempunyai pengurusan masa yang cekap, perlu segera membuatnya agar anda tidak tertinggal sebarang kerja yang penting perlu dilakukan.
Jadual Waktu? Ya, ini adalah salah satu yang digunakan oleh ramai orang untuk menyusun perkara-perkara yang perlu dijalankan dengan lebih efektif. Ada yang beranggapan bahawa jadula waktu ni hanya untuk budak-budak sekolah. Pada azharKL, jadual yang zaman-zaman sekolah kita buat tu adalah asas yang diajar supaya semua perkara tersusun. Bagi yang sudah berkerjaya, anda juga perlukan jadual sendiri. contohnya, perancangan secara asas…Pagi pergi kerja, malam jalankan Perniagaan Internet. Bagi yang mempunyai pelbagai cabang perniagaan internet perlu susun sebaik mungkin kerja-kerja yang perlu dilakukan.
Reminder / peringatan. ramai antara kita yang menggunakan reminder bagi mengingatkan kerja-kerja yang penting perlu diselesaikan. Kebiasaannya, bagi yang mempunyai Personal Assistant (P.A), sudah pasti sentiasa diingatkan, tetapi anda yang menjalankan perniagaan internet secara part time juga boleh membuata reminder, contohnya, anda boleh buat catitan di kertas dan tampalkan di bahagian yang anda selalu lihat seperti peti ais, cermin & papan kenyataan. Selain itu, anda juga boleh menggunakan widget untuk membuat reminder di komputer anda.
Pelbagai lagi teknik yang boleh dibuat untuk memastikan kerja-kerja perniagaan internet anda sentiasa berjalan lancar. Bagi azharKL, jadual study memang pack, ada kuliah siang dan malam, jadi kenalah buat jadual yang betul-betul dapat ,memastikan kerja-kerja study dan perniagaan internet azharKL berjalan dengan lancar. AzharKL nak ingatkan, bila dah siap jadual tu, jangan pula tak ikut jadual yang dibuat. Tapi janganla skema sangat, kadang-kadang terlalu ikut jadual yang pack tu boleh jadiakn kita tension…so, just tenang dalam membuat sebarang kerja serta fokus, supaya kerja yang dibuat adalah berkualiti…
sekian,
-azharKL







