[Prelaunch] Webhost Percuma!!!

Saturday, December 26, 2009 posted by admin 4:54 pm
 

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera…

Lama dah tak tulis artikel walaupun beberapa hari..hehe…okey, untuk artikel hari ini, azharKL malas nak cakap banyak, azharKL nak berkongsi satu projek yang bakal azharKL launch pada tahun 2010. Tetapi sebelum azharKL nak cerita pasal projek X yang bakal azharKL kongsi…AzharKL nak cerita sikit masalah yang di hadapi kebanyakan usahawan.

Usahawan sekarang ini ramai yang sudah mula berminat untuk menjalankan perniagaan offline mereka kepada perniagaan internet, Alhamdulillah…dah sedar…hehe. Sepatutnya mereka ini sudah lama memperluaskan pemasaran mereka dengan lebih cekap iaitu membuka perniagaan online @ perniagaan internet.

Masalah!

Terdapat segelintir usahawan mempunyai masalah untuk mengembangkan perniagaan mereka dan masalah utama yang sentiasa didengar di kedai-kedai kopi…kedai mamak ker… adalah masalah kemahiran @ ilmu pengetahuan… Ada yang nak memulakan perniagaan internet, tetapi persoalan yang selalu timbul ” saya bukan apa bro..kalau nak buka perniagaan internet kena cekap menggunakan internet.

Penyelesaian!

Pada azharKL, cekap atau tidak untuk seseorang menjalankan perniagaan internet hanya 30% azharKL setuju. Rendah rate yang azharKL bagi…sebabnya, pada mula azharKL bergiat dalam perniagaan internet, azharKL hanya tahu menggunakan email (ni pun kawan2 yang ajarkan). Kalau azharKL boleh buat, kenapa tidak anda? Di azhar business.com, azharKL menyediakan penyelesaian untuk masalah kemahiran dan ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan internet. azharKL telah mengeluarkan sebuah ebook yang berkaitan cara-cara untuk membina laman web perniagaan internet anda dengan mudah. Jadi anda boleh mendapatkan ebook ini daripada azharKL dengan harga yang rendah. Sila hubungi azharKL untuk mendapatkan ebook ini.

Masalah!

Ini lagi satu masalah yang paling utama yang difikirkan oleh para usahawan yang berminat membuat perniagaan internet, masalah ini adalah… masalah kewangan. Kewangan??? mestila jadi masalah kalau tak ada pengurusan kewangan yang betul, macam mana nak urus? sila rujuk artikel azharKL yang lepas berkaitan kewangan. Setiap perniagaan pasti memerlukan modal untuk menjalankan perniagaan tersebut, perniagaan internet yang SEBENAR memerlukan modal walaupun sedikit. Ada yang tak perlu modal? hehe azharKL tahu ada yang tidak memerlukan modal contohnya program PPC, anda tidak perlu keluarkan sesen pun untuk mendapatkan duit. Tetapi pada azhar, itu bukan PERNIAGAAN INTERNET, itu hanya satu sistem yang dicipta untuk membuat duit, dan anda bukan berniaga dan anda tidak layak bergelar usahawan internet jika anda hanya menggunakan sistem ini. Anda hanya bekerja untuk sistem ini dan anda tidak mempunyai perniagaan internet sendiri.

Penyelesaian

Masalah kewangan nak bina perniagaan internet??? Di azharbusiness.com, kewangan bukan masalah anda. azharKL akan mengeluarkan perkhidmatan “underground” azharKL untuk membantu anda. Seperti tajuk artikel kali ini, webhost PERCUMA. azharKL akan memberikan perkhidmatan webhost percuma kepada anda. Apakah maksud webhost? webhost merupakan tapak perniagaan internet anda. Sebagai contoh anda berniaga di pasar malam di petaling jaya selangor, MBPJ ada menyediakan tapak perniagaan untuk anda berniaga. Disebabkan pembinaan kawasan berniaga memerlukan kos pembangunan, kos penyelenggaraan dan kos pembersihan, anda dikehendaki untuk membayar yuran selenggara. Samalah juga jika menjalankan perniagaan internet, kebiasaannya pakej tapak (web hosting) yang asas (basic) berharga RM6.00 sebulan, jika setahun anda perlu membayar sebanyak RM72 ( antara termurah yang azharKL pernah tahu). Webhost ini mempunyai pakej-pakej tersendiri dan mempunyai harga yang berlainan. Tetapi pada tahun 2010, azharKL akan memberi perkhidmatan yang selama ini disediakan untuk hampir 10 buah negara. Pada 2010, azharKL akan melancarkan perkhidmatan webhost asas secara PERCUMA di Malaysia! gempak tak?? hehe…

Buat masa ini azharKL hanya ingin memberitahu kepada semua rakan-rakan azharKL, berkenaan projek webhost PERCUMA ini. Apabila sudah dilancarkan, azharKL akan info di azharbusiness.com. Jadi, teruskan melawati web azharKL bagi mendapatkan pakej webhost PERCUMA ini.

Sekian,

AzharKL

Malaysia Internet Marketer
Internet Industrialist
Webmaster

  • Share/Bookmark

Leave a Reply