Posts Tagged ‘ kewangan ’

Apakah Tahap Kewangan Anda?

Saturday, December 19, 2009 posted by admin 3:22 pm
 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Persoalan yang selalu kita fikirkan,

  • duit bulan ini tinggal banyak ni je, macam mana nak cari duit lagi ni?…
  • …bulan lepas ada hutang tertunggang, bulan ini kena tangguh lagi…
  • ekonomi dah jatuh, bisnes tak dapat untung…
  • …anak-anak nak belajar, duit dah habis…

Inilah antara beberapa masalah dan persoalan yang sering menimpa kita dalam kehidupan ini,So…azharKL nak menerangkan serba sedikit berkaitan tahap kewangan kita yang perlu kita ambil berat supaya kita dapat merancang, perkara apa yang perlu kita lakukan supaya dapat menampung kos sara diri kita.

Tahap Kewangan

1# Kewangan Tidak Selamat ( Financial not secure)

Keadaan ini adalah seperti keadaan apabila anda tidak mempunyai simpanan. Apabila anda tidak mempunyai simpanan kewangan, ini seumpama juga anda membiarkan diri dan keluarga berada pada tahap Kewangan Tidak Selamat.

Seumpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi pada zaman sekarang ini, ramai yang kais bulan ini, makan bulan ini..hehe. Ya, pasti hidup ini terasa sukar untuk diteruskan apabila kewangan kita tidak kukuh.

 

2# Tahap Kewangan Selamat (Financial Secure)

Tahap ini pula dalah apabila kita mempunyai kewangan yang sedikit kukuh dan kewangan kita mampu bertahan tanpa bekerja selama 6 bulan. Tahniah! Kerana anda berada pada tahap ini. azharKL menyatakan tahap ini selamat adalah kerana apabila anda tidak mempunyai kerja, atau diberhentikan kerja. Anda mampu mencari kerja baru dalam tempoh 6 bulan, atupun anda boleh membina perniagaan sendiri seperti perniagaan internet (more…)

  • Share/Bookmark